Home EROPAH SWEDEN Tip dan Info Penting Dalam Misi Mencari Aurora di Abisko dan Kiruna

Tip dan Info Penting Dalam Misi Mencari Aurora di Abisko dan Kiruna

7671
0

Rasanya kalau nk tgk aurora, ramai yg akan lebih tau samada Tromso (Norway) atau Iceland. Abisko dan Kiruna (Sweden) tidak berapa dikenali, maybe ada yg tau tapi tak ramai tau. Leh google kalau nk tau kat mana. Abisko bandar paling utara dalam Sweden.

Trip kami bermula dari Stockholm – Abisko – Kiruna – Stockholm.

Stockholm: bnyak tmpt boleh dilawati. Tapi post ni kita focus kat bhgian utara Sweden je k. Dari Stockholm ke Abisko, kami naik train malam, amik masa 16 jam. Bertolak petang sampai pagi esoknya. Train ada bnyak option, kalau nk seat biasa, atau sleeping coach (6 org) atau yg private sleeping coach (2 orang siap dgn toilet). On the way pergi, kami book yg seat biasa. On the way balik, kami book sleeping coach (6 org). Boleh book awal untuk dapatkan harga yg murah, kami bayar lebih kurang 75euro (kami book dalam sebulan lebih awal).

Abisko (3 hari 2 malam): boleh dikategorikan mcm kampung, mmg ceruk in the middle of nowhere. Takdek supermarket, yg ada satu bahagian kat guest house (Kami Menginap di Abisko Guesthouse) yg dieorg jual jual brg makan atau keperluan. Harga memang leh cekik la, tapi kalau dah terdesak ada je kat sana dieorg jual. Ada food truck sebijik kat depan guest house tu, harga tu mcm okla dalam 5-7e bergantung apa nk makan. Tapi kalau muslim susah sket la. Takla bnyk pilihan. Disebabkan Abisko ni di kawasan yg terpencil, semua aktiviti (snow hiking, snowmobile, ice fishing, dog sledging, aurora photography, tgk aurora kat aurora station, jalan kat national park) boleh pilih di guest house. Setiap aktiviti bayar lain lain (read: siapkan duit nk bayar hehe). Boleh pergi sendiri tgk aurora kalau tau tmpt kt mana (kalau bawak kereta). Kalau tak, susah sebab tak tau dan tak biasa dengan keadaan yg salji tebal. Suhu untuk dua malam masa aurora hunting ni malam pertama: -25 (angin kuat sangat) dan malam kedua: -30. Tapi masa kami pergi ni, mmg rare sejuknya, sebab selepas dua hari ni, suhu dalam -10 je. So, ikut nasib gakla kot. Tak semestinya -30 setiap masa. Kalau suka, leh amik trip (atau drive) g Narvik (leh google) kat Norway. Sejam dari Abisko. Bandar yg kecil dan cantik.

Kiruna: bandar yg besar drp abisko. Boleh je kalau stay kat sini and g ke abisko just nk g national park abisko ke. Sejam naik train dari kiruna-abisko. Nk buat segala aktiviti yg disebut kat atas pun boleh je no hal. Tarikan utama disini ore mining dan ice hotel. kalau pernah dengar iron ore mining yg tertua didunia, haa kat sinila. Bandar kiruna ni skrg dalam process nk pindah dalam radius 3km, sebab mining site ni akan menenggelamkan bandar kiruna yg ada skrg. So, sapa sapa g dalam 2025, akan pergi ke bndar kiruna yg baru. Make sure booking advance kalau nk masuk. Ice hotel kene naik bas atau taxi atau leh drive. Dalam setengah jam-40 minit ke lebih kurangla. Ice hotel ni berbeza setiap tahun, start bina bulan 9-10 and leh bertahan smpai bulan 3. So, leh rancang kalau nk g. tiket leh beli walk in je. Takyah book.

Penting:

  • bnyakkan bawak thermal wear (baju dan seluar). Beli yg bagus punya. Kami pakai 2-3 lapis thermal wear + baju biasa + dengan baju ski yg guesthouse punya. Kalau sejuk lagi, pakai plak down jaket kat luar baju ski ni. Tak payah bawak bnyk baju jalan jalan (kalau g mcm ikut itinerary kami la). Buat berat je. Elakkan segala pakaian yg berasaskan cotton.
  • Baju salji (snow suit ke, taktau apa nama baju ni sebenarnya, mcm jumpsuit) ada disediakan di guest house ni. So, leh pilih je ikut size sendiri. Siap dengan topi, kasut, stoking, glove. 
  • Down jacket: baju salji kat atas ni hanya leh guna kalau kita rent at a certain guest house, maknanya masa kat guest house ajala kan. Down jacket yg bagus sangat sangat membantu kalau nk wat aktiviti jika guest house takdek sediakan. Lagi satu, dalam perjalanan mestila kene pakai jaket kan?  pakai snow jacket pun ok, kat dalam pakai fleece. 
  • Glove: kami pakai dua lapis, satu yg nipis (make sure ada yg function boleh touch) satu yg tebal guest house punya (ada je yg sendiri tapi tk tau leh tahan ke tak). Reason: bila nk amik gambar, susah sangat kalau pakai glove yg tebal tu, so kene cabut. Kalau ada glove nipis ni, at least leh tahan sejuk dan amik gambar. Pastu pakai balik yg glove tebal tu.
  • Scarf: Leh bawak wool scarf jugak nk tutup bahagian muka. Nanti kejung bahagian hidung dan mulut. Tapi masalah utk org pakai cermin mata, bila pakai scarf ni nnti glasses akan berkabus. Terus tk nmpak apa haha Stress iols. 
  • Snowcap: make sure bawak kalau tak beku otak. 
  • Seluar: kalau boleh cari yg waterproof, klau tkdek leh beli yg spray waterproof, at least leh tahan basah. Boleh beli fleece pant (Uniqlo), mmg warm, tapi ni bukan waterproof. 
  • Kasut: yg penting waterproof, warm dan sesuai untuk salji (tak tergelincir masa jalan dalam salji atau ais). Ada fleece ke kat dalam kasut tu, stokin leh pakai wool. Cari yg wool, atau polyester atau acrylic. 
  • Heat pad: boleh bawak kalau mau. Kami beli utk kaki, tgn dan badan. Tapi yg kaki and badan takdek la plak rasa panas masa kat luar, bila dah masuk bilik baru rasa nk panas haha. Tapi yg tangan mmg sangat membantu. Hujung tangan and hujung kaki mmg kritikal sejuknya, tak rasa mana hujung tangan and kaki ni.
  • Gadjet:Perlu diingatkan, dalam keadaan sejuk melampau ni bateri seme gadjet cepat mati. Gadjet termasukla kamera, henfon, yicam. Masa -30degree, bateri kamera hanya mampu bertahan 10 minit. Kamera, as long as ada function manual (tak semestinya DSLR) kompem boleh amik gambar aurora. Bateri henfon (takle nmpak aurora melainkan signal sangat sangat kuat) kalau guna lebih daripada 3-4 minit tetiba akan gelap terus. Satu tip tgk budak yg satu group naik snowmobile, dia letak heatpad (yg utk kaki sebab ada pelekat) kat belakang bateri. Bolehla tahan sket walaupun tak la leh tahan mcm mana biasa leh tahan. Ataupun leh letak dalam poket jaket bagi panas then leh guna semula. Sentiasakan masuk dalam poket bagi warm. Atau boleh beli bateri yg sesuai dgn temperature extreme. Utk sesi aurora photography, kami amik pakej yg khas photography. Sewa sekali kamera, bateri, tripod, dan group leader tu akan tunjuk camne nk shooting dan dia akan amik gambar kita sekali. Team leader tu mmg dah biasa amik gambar aurora. Sure ada aurora kat belakang. Bateri yg kami sewa tu mmg tahan, walaupun tk switch off kamera dalam setengah jam, dibiarkan dalam keadaan angin kuat dan -25degree, sikit pun tk bergerak meter bateri tu.
  • Backpack 30-40L: kami mmg bawak backpack supaya mudah nk gerak. Malas nk Tarik beg dalam keadaan salji. Kalau takdek pilihan, takpe boleh je bawak, ada je org bawak, beg sebesar 28” pun ada org bawak so no worries. 
  • Makanan segera: kami mmg bawak mknn segera, mcm nasi segera atau pasta segera. Leh beli siap siap kat Stokholm (atau bawa dr departure country kalau nk angkut) kalau mau. Mmg catu, utk breakfast, lunch and dinner utk elakkan beg berat. Sardine dalam tin leh bawak gak. Kami beli salmon fresh masa g trip ke Narvik. Makan banyak protein utk keep warm. Yg ni stok hanya utk kat abisko, kat kiruna dah ada supermarket so leh beli je kat supermarket. 
  • Lain-lain: thermos kami bawak utk letak air panas. Travel pillow kalau nk amik train yg seat je. At least, ada something yang boleh hangatkan badan. Boleh check http://www.aurora-service.eu/aurora-forecast/ untuk aurora forecast. Ala macam weather forecast tu. Waktu malam pertama (-25degree) signal hanya 1, tapi kami masih boleh Nampak. Waktu malam kedua(-30degree) signal 4, mmg sangat clear leh nmpak. Yg penting, kene g kawasan yg gelap dan no light pollution.
  • Waktu winter di sini tiada matahari utk sepanjang hari, Cuma ada reflection cahaya matahari (tapi cerah je), daripada pukul 8-9am – 2-3pm. So, gunakan masa sepenuhnya ikut aktiviti yg sesuai. Dan yang penting, jangan menaruh harapan yg tinggi sangat dapat tgk aurora. Takut takut kecewa kalau tk jumpa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here