Home AIRLINES Airbus Beluga XL, Bagaikan Ikan Paus Yang Boleh Terbang

Airbus Beluga XL, Bagaikan Ikan Paus Yang Boleh Terbang

229
0

Ketika dunia masih segar dengan insiden yang menimpa pesawat penumpang jenis Boeing 737 MAX8, syarikat pengeluar pesawat terkemuka dunia berpangkalan di Perancis, Airbus kini sedang bersedia untuk melancarkan kapal kargo dengan rekaan unik masuk ke dalam pasaran.

Dikenali sebagai Airbus Beluga XL, kapal kargo berkenaan membuat penerbangan percubaan sulung pada 19 Julai tahun dijangka akan beroperasi dalam pasaran tahun ini.

Bagaimanapun, Airbus tidak menghasilkan Aibus Beluga XL sebagai pesawat komersial sebaliknya pesawat berkenaan akan bertindak sebagai pesawat pengangkut kompenan-kompenan pesawat Airbus ke semua kilang-kilangnya yang terletak di seluruh Eropah.

Sesuai dengan namanya, Airbus Beluga XL jika dilihat daripada bahagian sisi serta pandangan hadapan memperlihatkan bentuk menyamai ikan paus berkenaan.

Lebih menarik, pada bahagian luar cermin kokpit pesawat tersebut telah dicat dengan warna hitam dan bentuknya membuatkan pesawat tersebut seolah-seolah sedang tersenyum. Pada kedua-dua bahagian sisi kepala pesawat diletakan dicat dengan bentuk mata ikan paus membuatkan karakter ikan paus beluga lebih hidup ketika dipandang.

Menurut Airbus, sekurang-kurang dua buah Airbus Beluga XL akan beroperasi pada tahun ini dan lima buah lagi menjelang tahun 2022.

Dipacu menggunakan dua buah enjin gergasi Rolls-Royce Trent 700, Airbus Beluga XL mempunyai panjang 63.1 meter dan bukaan kepak ke kepak 60.3 meter serta ketinggian 18.1 meter.

Memiliki berat tanpa muatan 127,500 kilogram, Aibus Beluga mampu membawa dua buah sayap pesawat Airbus A350 dalam satu-satu masa.

Mendapat jolokkan ‘ikan paus terbang’, mana-mana juruterbang yang mahu mengendalikan pesawat ini perlu sekurang-kurangnya pengalaman menerbangkan Airbus A330 sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here