Home EROPAH BOSNIA AND HERZEGOVINA 4 Kenapa Anda Perlu Bercuti Di Bosnia and Herzegovina

4 Kenapa Anda Perlu Bercuti Di Bosnia and Herzegovina

1328
0

Melancong di negara-negara yang “rare” atau jarang orang  pergi sudah semestinya menyeronokkan. Terasa lain dari yang lain. Selain itu, kos travel kat sana seperti makan dan tempat tinggal agak murah berbanding negara-negara tumpuan pelancong. 

Salah satu negara yang tak ramai lagi orang pergi adalah Bosnia and Herzegovina. Bosnia merupakan salah satu negara di Eropah Timur dan termasuk di dalam katogori negara Balkan.

Buat masa ini sudah banyak travel agen yang menawarkan pakej untuk ke negara-negara Balkan ini.

Bosnia and Herzegovina sangat cantik sebenarnya. Lebih cantik dari negara-negara eropah barat. Cuma mungkin dari segi kemajuan membuatkan negara ini tidak begitu popular di kalangan pelancong.

MENGAPA ANDA HARUS KE BOSNIA?

1. Ada satu hal yang paling besar yang ditawarkan oleh Bosnia, iaitu alam semula jadinya. Sesiapa sahaja yang pergi ke Bosnia pasti akan kagum melihat ciptaan alam yang sangat mengagungkan. Melihat Bosnia Spring, Blagaj, Kravice Falls dan banyak lagi, pasti akan membuatkan kita terpegun dengan alam.

2. Sejarah Bosnia juga suatu hal yang menarik untuk dikaji. Peperangan saudara mereka yang baru sahaja selesai pada tahun 1995 masih lagi meninggalkan kesan kepada Bosnia. Di sebahagian bangunan di Sarajevo, kita masih boleh melihat kesan peluru yang ada di bangunan tersebut.

3. Tak dapat dinafikan, Bosnia adalah antara negara termurah untuk dilawati di Eropah. Bahkan adalah tidak berlebihan untuk saya katakan Bosnia adalah negara termurah untuk dilawati di Eropah. Jika anda melakukan Europe Tour dan anda telah menjelajah Eropah Barat seperti France, Monaco, Italy dan lain lain, lalu anda berhenti di.Bosnia, anda akan merasakan perbezaan yang ketara dari segi perbelanjaan.

4. Malaysia dan.Bosnia mempunyai hubungan yang akrab. Ketika perang saudara berlaku di Bosnia, Malaysia adalah negara yang menghantar bantuan kepada mereka. Bahkan ada juga yang mengatakan, Malaysia memberi khidmat paling baik sewaktu perang berlaku. Maka sebahagian mereka masih mengenang perkara ini dan mereka sangat hormat pada orang Malaysia.

Secara kesimpulannya, Bosnia adalah sebuah negara yang harus dilawati oleh peminat peminat alam semulajadi dan sejarah.

Tanyalah pada sesiapa sahaja yang pernah kesana, kesemuanya akan mengakui keindahan alam semulajadi yang ada pada Bosnia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here