5 Fakta Menakutkan Tentang Korea Utara. Korea Utara memang terkenal dengan pemerintahan diktator. Presiden mereka bagaikan “Tuhan” bagi rakyat Koera Utara. Terlalu banyak cerita yang negatif kita sering dengar tentang negara ini. Dan juga berbagai fakta-fakta pelik yang tular di internet kita dengar.

Adakah ianya memang terus macam tu? Atau sekadar spekulasi untuk memburuk kan Korea Utara?

Selain itu, rakyat yang membuat kesalahan juga tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri di mahkamah. Rakyat juga disekat daripada berhubung dengan dunia luar. Sebenarnya, banyak lagi fakta-fakta yang menggerunkan mengenai Korea Utara.

Ini antara 5 fakta yang agak menakutkan tentang undang-undang di Negara Korea Utara yang kita tidak tahu.

 

 

1. Hukuman Kepada 3 Generasi

Di mana-mana negara di seluruh dunia, sekiranya seseorang pesalah tersebut telah terbukti membuat sesuatu kesalahan, pesalah tersebut sahajalah yang akan dikenakan hukuman. Sekiranya disabitkan hukuman penjara seumur hidup, makan pesalah tersebut sahajalah yang akan meringkuk di penjara seumur hidup.

Hal ini tidak berlaku di Korea Utara. Di Korea Utara, mereka mempunyai polisi hukuman akan dikenakan kepada 3 generasi. Sekiranya seseorang itu disumbat kedalam penjara, maka 3 keturunan beliau termasuk generasi cucu beliau terpaksa merigkuk di penjara!

 

2. Menjadi Buruh Paksa

Di Korea Utara, terdapat 16 kem buruh paksa. Pesalah-pesalah yang dihukum akan ditempatkan di kem-kem ini. Kem-kem ini ditempatkan di kawasan pergunungan dan kawasan yang terpencil di mana ianya dikelilingi oleh pagar elektrik. Terdapat kira-kira 200,000 orang telah ditempatkan di kem-kem ini.

Dianggarkan kira-kira 40% daripada penghuni kem-kem ini mati akibat kekurangan nutrisi makanan. Di kem-kem ini mereka akan dipaksa untuk melakukan kerja-kerja berat secara paksa seperti melombong, membalak dan sebagainya.

 

3. Budaya Luar di Haramkan

Di Korea Utara, mereka mengharamkan sebarang bentuk budaya luar termasuk budaya barat meresap masuk kedalam pemikiran rakyat.

Disini, menonton filem luar termasuk filem Hollywood atau filem dari Korea Selatan dianggap melakukan kesalahan besar. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum bunuh.

 

4. Liputan Siaran Televisyen dan Internat Yang Sangat Terhad

Tidak seperti di Malaysia dimana kita mempunyai capaian internet yang bebas, di Korea Utara capaian internet hanya terhad untuk capaian domestik. Setiap emel dan portal aakan dipantau oleh kerajaan.

Siaran televisyen juga terhad. Hanya ada beberapa siaran yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Siaran-siaran televisyen ini juga merupakan medium untuk menyebarkan propaganda kerajaan.

 

5. Sistem Kasta

Untuk memudahkan pentadiran, bekas Presiden Kimm II Sung telah memperkenalkan sistem kasta pada tahun 1957. Dalam sistem ini, rakyat telah dibahagikan kepada 3 kasta. Peliknya, pembahagian ini adalah berdasarkan kepada sejarah asal-usul keturunan seseorang semata-mata.

Kasta paling atas adalah ahli-ahli politik yang taat kepada pemerintah. Mereka ini dibei layanan yang istimewa. Kasta yang paling bawah pula ialah mereka yang pernah melakukan kesalahan dan dianggap ancaman kepada kerajaan. Kasta paling bawah ini dilayan dengan sangat teruk – dihalang daripada mendapat pendidikan dan tidak dibenarkan tinggal di ibu negara Korea Utara, Pyongyang.

Sumber-sumber adalah dari USA Today Listverse jadi tak hairanlah semua fakta ini 100% negatif!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here