1.Datang awal

  • Jika anda memempunyai penerbangan diawal pagi keesokkan harinya, pastikan anda datang awal .mungkinseawal jam 9 – 10 malam. Banyak kelebihan datang awal. Antaranya adalah dapat memilih tempat yang tidur yang selesa atau digelar tempat  hot spot. Datang awal juga membolehkan kita mempunyai banyak masa untuk meneroka lapangan terbang  tersebut , seperti contoh mencari lokasi tandas, tempat pelepasan dan sebagainya.

 

2.Pilihlah kerusi yang tiada armrest

  • Sebaik- baiknya, pilihlah kerusi yang tiada arm rest. Jika tidak anda pasti kurang selesa untuk tidur kerana ruang yang agak terhad. Kerusi yang tiada arm rest membolehkan anda menggunakan 3 atau 4 kerusi dan boleh belunjur. Rata- rata airport mempunyai kerusi yang tiada arm rest yang sangat terhad. Jadi, pelajari seni ( 1) dengan jayanya .

 

3.Bawa kelengkapan tidur sendiri

  • Jika anda telah mempelajari seni ( 1) dan (2), pasti kan juga anda membawa kelengapan tidur yang secukupnya. Ingat kita bukannya tidur di hotel betaraf lima bintang  yang mana semua kemudahan dan kelengkapan disediakan. Antara kelengkapan asas yang perlu ada adalah seperti blanket kecil atau kain sarung sebagai selimut , kain sarung juga boleh dijadikan sebagai alas, lagi baik jika ada sleeping bagyang boleh dijadikan sebagai alas , selimut dan juga bantal. Sebagai alternative yang lain  , boleh juga menggunakan beg sebagai bantal.

 

4.Pastikan berdekatan dengan soket

  • Di era sains dan teknologi, kebanyakkan manusia tidak boleh hidup tanpa gajet. Kadang- kadang bukan setakat satu telefon malahan ada yang dua. Di samping telefon, traveller juga selalu membawa ipad, ipod, kamera, power bank dan lain lain. Jadi penting nya tempat yang mempunyai kemudahan soket untuk mengecaskembali gajet-gajet tersebut.

 

 

5.Pastikan tidur ditempat yang selamat

  • Keselamatan merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan . Jangan kerana hendak tidur di tempat yang selesa, kita mengabaikan faktor keselamatan. Antara tempat yang tidak berasa selamat adalah ditengah-tegah laluan orang ramai , ditepi tandas, di kawasan yang mempunyai wayar elektrik dan lain lain lagi.

 

6.Tidur bersama- sama traveller atau geng yang lain

  • Untuk memastikan keselamatan bersama, anda juga digalakkan untuk tidur bersama sama maksudnya berdekatan dengan traveller
  • Jika ada apa apa masalah sekurang kurangnya ada orang berdekatan dengan kita untuk memberi atau menghulurkan

 

7.Pastikan membawa bersama ear plug dan penutup mata

  • Lapangan terbang merupakan tempat yang boleh dikatakan agak bising ,walaupun tidak sebising di pasar. Ada juga sesetengah lapangan terbang yang tidak membuat pengumuman seperti di Dubai.
  • Disamping persekirataran yang bising , kadang kadang ianya di tambah dengan penumpang-penumpang  yang bercakap dengan kuat tanpa menghiraukan orang lain. Jadi ear plug , amatlah diperlukan untuk menikmati  dan mendapat tidur yang berkualiti.
  • Di lapangan terbang juga, lampu sentiasa dipasang. Jadi kawasan persekirataran menjadi cerah dan kurang selesa untuk tidur. Pada saat ini, penutup mata amat diperlukan.

 

8.Bangun awal keesokkan harinya

  • Apabila sudah berjaya tidur di tempat yang diidamkan, jangan pula terlebih tidur dan lupa untuk bangun keesokkan harinya.
  • Pastikan anda bangun awal keesokkan harinya . Jika anda mempunyai penerbangan lanjut atau connecting flight keesokkan harinya, pastikan anda perlu bangun awal untuk mengelak daripada tertinggal flight. Kalau tidak anda tahu apa akibatnya, nanti akan menangis tidak berlagu
  • Kebanyakkan lapangan terbang utama akan memulakan operasi seawal jam 4 pagi. Jadi jika anda lambat bangun , anda mungkin akan mengganggu operasi lapangan terbang.

 

9.Set loceng atau alarm

  • Salah satu cara untuk bangun awal dan mengelakkan dari terlajak tidur adalah memasang dan setkan alarm. Jika kita seorang yang susah untuk bangun, pastikan alarm diletak di sebelah telinga dengan bunyi yang maksimum. Lagi bagus, jika kita mempunyai banyak alarm.

 

10.Bekalan makanan secukup rasa

  • Kebanyakkan restoran dilapangan terbang menamatkan operasi lebih awal.
  • Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan yang secukupnya. Maklumlah kadang kala perut juga selalu berbunyi mahu diisi di tengah malam.
  • Selain itu juga, makanan di lapangan terbang agak mahal berbanding di luar. Jadilah pengguna yang bijak .

 

11.Cari maklumat berkenaan airport

  • Pastikan anda membuat sedikit survey atau mencari maklumat berkenaan lapangan terbang yang hendak dilawati. Ini adalah kerana sesetengah lapangan terbang tidak beroperasi 24 jam dan akan tutup pada lewat malam.
  • Selain itu juga, sesetengah lapangan terbang hanya membenarkan  penumpang sahaja yang boleh berada didalam terminal.
  • Bagi sesetengah lapangan terbang pula, tidak user friendly untuk golongan yang suka tidur di airport. Sebagi contoh , jumlah kerusi yang tidak mencukupi, tiada kemudahan tandas yang sesuai untuk mandi dan sebagainya.
  • Jadi, seharusnya kita menyelidik terdahulu lapangan terbang yang akan kita gunakan.

 

12.Pastikan ada PLAN B dan be open minded

  • Plan B amat diperlukan tatkala mana berlaku musibah yang tidak dapat dielakkan. Seperti airport yang terlalu ramaiorang yang menyebabkan kurang selesa untuk tidur. Jadi pada ketika ini Plan B boleh digunakan.
  • Pada ketika ini hendaklah berfikiran terbuka supaya mood untuk berjalan atau mengembara tidak terjejas.
  • Contoh plan B adalah seperti mencari hotel-hotel atau tempat penginapan yang berdekatan dengan airport.

 

 

13.PADLOCK dilupa jangan , untuk keselamatan barangan anda

  • Malang tidak berbau dan langit jugatidak selalunya cerah. Kadang kadang kala kita akan mengalami nasib yang malang seperi kehilangan barangan apabila travel.
  • Jadi untuk mengelakkan daripada kecurian, padlock hendaklah dibawa bersama. Pastikan juga anda sentiasa bersama dengan barangan anda.
  • Seboleh-bolehnya, ikat bagasi dikaki anda.

 

14.Pastikan membawa baggage atau barangan yang paling minimum

  • Untuk mengelakkan dari mengalami masalah ketika tidur di lapangan terbang , seboleh bolehnya bawa barangan yang diperlukan sahaja atau seminimum mungkin. Antara masalah yang biasa berlaku jika terlampau banyak barangan antaranya adalah kehilangan barang , tertinggal barang dan yang paling utama adalah terlupa dimana barangan yang diperlukan disimpan di dalam beg.

 

15.Pastikan memakai pakaian yang selesa

  • Jangan sesekali underestimate keadaan di lapangan terbang . Kebanyakkan lapangan terbang mempunyai penghawa dingin yang berfungsi 24 jam dan keadaan akan menjadi sejuk terutama menjelang tengah malam.
  • Jadi pastikan akan menyediakan beberapa helai pakaian yang selesa untuk menikmati pengalaman yang berharga ini.

 

16.BE SILENT , hormati pengembara yang lain

  • Jika kita mahu orang menghormati kita , kita terlebih dahulu hendaklah tahu cara menghormati orang lain.
  • Di lapangan terbang , kebanyakkan travelatau pengguna letih kerana perjalanan yang panjang. Jadi seelok nya kita kurangkan nada tone suara apabila bercakap. Lagi elok jika kita kurangkan bercakap dan utamakan aktiviti berehat.
  • Keadaan yang bising menyebabkan bukan sahaja emosi terganggu malahan juga akan menimbulkan keadaan yang kurang selesa.

 

17.Asingkan pakaian atau alatan mandi

  • Pakaian yang akan dipakai keesokkan harinya dan alatan mandi hendaklah di asingkan untuk memudahkan kerja.
  • Pasti akan timbul masalah jika barangan tersebut masih di dalam beg.

 

18.SHIFT jika travel bersama members

  • Salah satu langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehilangan barang adalah  mempraktikan system shift. Ianya boleh dipraktikkan jika ada dua atau lebih teman travel bersama. Sebagai contoh, untuk separuh masa pertama kawan yang menjagabeg , dah separuh masa kedua kita yang menjaga beg. Mudah kan .

 

19.Menggunakan AIRPORT LOUNGE

  • Jika mempunyai wang yang berlebihan dan menginginkan sedikit keselesaan , boleh la mencuba airport lounge. Di kebanyakkan lapanagan terbang yang utama dan  besar, banyak disediakan lounge.
  • Bagi sesetengah kad kredit ada disediakan kemudahan kemasukkan percuma kedalam lounge. Jadi pastikan anda tahu dan menggunakan kemudahan tersebut.

 

20.HAVE FUN !!!!!!

  • Apabila anda mempraktikkan ke 19 tip- tip tersebut dan bergembiralah seperti terujanya anda untuk menginap di hotel  bertaraf 5 bintang.
  • Kalau tidak percaya , cuba sekali pasti akan dicuba lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here