SHARE

 

Bercuti memang seronok. Tapi apa yang tak berapa seronok bila berlakunya perkara yang boleh merosakkan mood travel. Benda-benda ni selalu berlaku semasa travel dan boleh menjejaskan kualiti percutian.

 

Korang pernah berhadapan 10 situasi ini ketika travel? Apa yang korang buat untuk mengatasinya?

 

#1 Terlebih berat!!

Seharian mengemas, masuk dan keluarkan barangan. Tiba masa, hand carry dan luggage terlebih daripada berat yang dibenarkan… Paling kritikal sewaktu perjalanan pulang ke rumah… Iyalah, time shopping tak ingat dunia!

 

#2 Sesat

Jangan kata di luar negara, dalam Malaysia atau lebih tepat lagi di kampung sendiri pun boleh sesat tak jumpa destinasi yang dicari. Apa inisiatif yang ada? Tanya orang kampung, Waze/Google Maps atau teruskan memandu mencari jalan?

 

#3 Flight Delayed

Awal pagi dah tiba airport, nak balik ke rumah macam tak berbaloi. Lebih baik lepak sambil tonton video dan mendengar muzik di telefon pintar. Paling tidak pun boleh berWhatsapp, upload moment di Instagram atau berFacebook supaya tidak terlalu bosan menunggu berjam-jam.

 

#4 Nak Cari Kedai Paling Murah, Paling Sedap

Sekali sekala bercuti ke tempat orang, mestilah nak cuba makanan tempatan yang sedap. Kedai makan memang banyak, tetapi nak cari yang ‘the best’ tu susah. Lagi susah jika tidak dapat bertanya dengan ‘Encik Google’.

 

#5 Ayam Bercakap Dengan Itik?

Jika melancong dalam negara atau di negara yang menggunakan bahasa Inggeris tidak menjadi masalah. Tetapi jika ke negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris seperti China dan Jepun, anda perlukan bantuan Google Translate dan aplikasi tertentu untuk survive.

 

Tourists backpack on a pier in Norwagian fjords

 

#6 Tayar Pancit? Minyak Hampir ‘E’?

Bukanlah sesuatu yang mustahil walaupun korang dah periksa dan servis apa yang patut. Sentiasa pastikan tayar spare boleh digunakan, kelengkapan menukar tayar cukup dan simpan nombor penting dalam telefon.

 

#7 Shopping Tak Ingat!

Semua pun murah, kalau boleh dengan kedai dan tuan kedai pun hendak dibeli. Semuapun menjadi keperluan, semakin banyak pula senarai nama penerima cenderamata. Sudahnya wang yang diperuntukkan untuk bercuti tidak cukup, terpaksalah kikis duit simpanan, transfer ke akaun utama secara online.

 

#8 Gambar Tak Cantik?

Bila kita ambil gambar orang semua cantik, angle dan senyuman terbaik tetapi kenapa bila orang ambil gambar kita semuanya nampak tak elok di mata? Kabur, bergegar atau gambar diambil ketika kita belum betul-betul bersedia.

 

#9 Sakit

Masalah biasa ialah cirit birit disebabkan salah makan atau sakit kepala. Atau makanan di tempat orang tidak sesuai dengan perut Malaysia kita. Selain makan ubat, boleh Google petua orang tua. Mana tahu, lebih berkesan.

 

#10 Pesanan Air Liur

Pernah dengar? Iyalah, bila dengar je kita nak travel semua pun nak pesan dibelikan itu ini. Ada yang sambil pesan dihulurkan wang, ada pula yang hanya menghulurkan senarai barangan… Bayar selepas dapat barang. Alahai, sudahlah duit bercuti ni cukup-cukup sahaja, perlu ke dilayan pesanan kosong ni, atau buat tidak tau sahaja?

Walaupun ada bermacam-macam cabaran ketika bercuti, tetapi kaki travel tentunya tidak pernah serik. Korang boleh bercuti dengan tenang, jika semua persediaan dah dilakukan lebih awal. Siap sedia Google lokasi, simpan peta, pelajari beberapa perkataan penting dan research serba serbi sebelum bertolak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here