Masjid Rahmatullah Lampuuk, Indonesia



Selain Masjid Raya Baiturrahman satu lagi masjid yang berdiri gah tatkala badai melanda adalah Masjid Rahmatullah yang terletak di Lampuuk.

 

Entah macam mana masjid ini boleh berdiri teguh walaupun hanya terletak beberapa meter sahaja dari laut. Hanya sebahagian kecil depan majsid je yang rosak. Dan kerosakan itu dibiarkan hingga sekarang sebagai bukti Masjid ini pernah di pukul ombak.

 

Boleh di katakan hampir 100% masjid yang aku jumpa kat sini semua cantik-cantik. Sesuai dengan jolokan Aceh sebagai Serambi Mekah.

 

Masjid Rahmatullah Lampuuk merupakan sebuah masjid yang terletak di Lampuuk, Indonesia. Masjid ini dibina pada tahun 1990 dan siap pada tahun 1997. Masjid yang terletak 500 meter dari pantai ini masih berdiri teguh walaupun peernah di landa tsunami pada tahun 2004.

 

 

Masjid ini juga berkai rapat dengan Turki kerena pernah mempunyai sejarah dengan Turki di Aceh. Dulu kala, Turki pernah membantu Aceh membangun tentara laut yang tangguh. Di Aceh pula terdapat makam yang diyakini mlik ahli perang asal Turki.

 

Pada 26 Desember 2006, Wakil Perdana Menteri Turki, Mehmet Ali Sahin, bertandang ke Lampu’uk untuk meresmikan berbagai fasilitas yang dibangun Bulan Sabit Merah Turki dalam acara yang berpusat di halaman Masjid Rahmatullah.



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*