Tip Lengkap Bercuti di Maldives Perlu Anda Tahu



Tip Lengkap Bercuti di Maldives Perlu Anda Tahu. Maldives sudah tidak perlu di perkenalkan lagi sebagai salah satu destinasi honeymoon terbaik di dunia. Dengan keindahan semulajadi yang ada di sana menjadikan Maldives antara negara “Bucket List” ramai natizen.

Alhamdulillah aku dah pun di beri kesempatan untuk ke Maldives padah tahun 2015. Memang sangat cantik namun masa tu aku baru berjinak-jinak dalam dunia travelling, jadi tak banyak tempat aku explore. Lagipun aku ke Maldives seorang diri. Bila di fikir balik “gila apa aku ke Maldives sorang-sorang” tak pernah di buat orang. So kat sana aku agak lonely. Rasa nak balik Malaysia cepat-cepat.

Untuk mereka yang teringin nak ke Maldives ini beberapa tip yang mingkin boleh membantu anda dalam menyusun itinerary dan planning di sana.

33 Tip Lengkap Bercuti di Maldives

  1. Male adalah ibu negara bagi Maldives
  2. Airport dan Bandar Male terpisah dengan 2 buah pulau dan feri akan menghubungkan antara 2 pulau tersebut
  3. Matawang adalah Rufiya. (1USD = 15 Rufiyya)
  4. Barang runcit, kedai makan & kedai kecil gunakan Rufiya, perkhidmatan lain kebanyakkan menggunkan USD
  5. Dari Malaysia tukar duit ke USD dan tukar ke Rufiyya apabila tiba di airport. Simpa resit untuk tukar balik duit jika tak habis guna.
  6. Beza masa dengan Malaysia adalah 3 jam (Malaysia ke hadapan).
  7. Maldives adalah negara Islam, benda2 yang merapu macam tak ada.
  8. Tak boleh pakai 2pieces or 1pieces, hanya di Private Island saja boleh.
  9. Makanan ada yang murah ada yang mahal. Harga antara RM 25  – RM40 sekali makan.
  10. Pekan Male kecil saja, 2-3 jam boleh pusing habis semua kawasan.
  11. Elakkan makan di kedai yang bernama Restaurant sebab ada tax dan service charge. Makan di Café atau kedai-kedai ala-ala rakyat gitew untuk harga yang murah.
  12. Setiap perkhidmatan daripada syarikat yang berdaftar dikenakan tax 10% + GST 12% bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  13. Setiap malam yang kita menginap di kenakan Green Tax bagi setiap orang X (darab) setiap malam (3USD setiap malam)
  14. Ekonomi utama Maldives adalah industri pelancongan, cukai dan ikan tuna.
  15. Ombak di Maldives agak kuat – Indian Ocean kot!
  16. Kad kredit di terima secara meluas tapi ada caj untuk setiap transaksi
  17. Kebanyakan rakyat Maldives macam Bangladesh tapi mereka wangi-wangi dan rambut kerinting afro.
  18. Penerbangan KUL-MALE adalah 4 jam 15 min via AirAsia.
  19. Harga normal tiket penerbangan RM770, Promo RM580, Super Promo RM377! (return).
  20. Jika tinggal di Pulau Besar seperti Maafushi hotel lebih murah (RM180-600) semalam.
  21. Jika menginap di private island yang selalu orang pergi (RM1200 – 12,000) semalam.
  22. Jika nak ke Maafushi Island naik feri tempatan tambang 3USD (1jam 45 min) tapi naik speedboat kena caj 25USD (45min).
  23. Makanan kegemaran di Maldives adalah capati dan tuna dengan kelapa parut.
  24.  Aktiviti yang boleh buat di sini : trip snorkelin, tengok ikan lumba-lumba atau penyu, trip memancing, Resort Tour.
  25. Di Airport hanya ada kedai makan: Thai food, Burger King, Coffee & Pastries, Pizza. Semua makanan harga memang mahal sikit
  26. Dulu nama Airport Ibrahim Nasir, sekarang dah tukar ke nama Valena International Airport.
  27. Boarding Pass dia memang comel!
  28. Tempoh yang ideal untuk melawat Maldives adalah 4 hari 3 malam dah cukup.
  29. Kalau ada duit lebih boleh cuba naik SeaPlane untuk melihat Maldives dari udara dan merasai pengalaman untuk kapal terbang mendarat atas lautan.
  30. Kebanyakan orang Maldives boleh cakap bahasa omputih.
  31. Jika nak simpan beg di Airport caj dikenakan adalah 6USD untuk beg saiz biasa dan 10USD untuk beg besar.
  32. Fridge magnet kebanyakannya berharga 2USD bagi setiap satu, pandai-pandailah tawar harga ya.
  33.  SimCard boleh di beli di Airport. 3GB berharga 16USD untuk 7hari. Di hotel juga ada wifi.

 

Berikut ringkasan itinerari selama 5 hari 4 malam.

Itinerari

Hari 1 : 17 May. KL – Hulhumale

  • Bertolak dari KL : 6.55pm
  • Tiba di airport : 8.10pm
  • Airport transfer ke City Hotel

Hari 2 : 18 May. Hulhumale – Maafushi Island

  • Sarapan (termasuk harga hotel)
  • Check out hotel
  • Tranfer bot ke Male’
  • Naik feri ke Maafushi
  • Check in Kaani Beach / Triton Beach
  • Makan tengahari, free and easy, makan malam

Hari 3 : 19 May. Maafushi Island

  • Sarapan (termasuk harga hotel)
  • Trip Snorkeling & Island hopping (Sand bank, turtle reef, dolphin cruising, snorkling)
  • Makan tengahari (termasuk dalam pakej aktiviti)
  • Makan malam

Day 4 : 20 May. Maafushi Island

  • Sarapan (termasuk dalam hotel)
  • Free & easy : Resort tour / JetSki / Beach walk and beach activity
  • Makan malam

Hari 5 : 21 May. Maafushi – Male

  • Sarapan (termasuk harga hotel)
  • Boat transfer ke Male
  • Tour di Male
  • Makan tengahari di Male
  • 6pm balik ke Hulhumale’
  • Transfer ke airport
  • 8:55pm bertolak balik ke Malaysia

Hari 6 : 22 May

  • 4:30am tiba di Malaysia

# tip dari ini di kongsikan oleh Imran



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*