9 Rahsia Tidur Yang Sempurna di Dalam Penerbangan



 9 Rahsia Tidur Yang Sempurna di Dalam Penerbangan. Salah satu cara untuk elakkan jetleg semasa travel adalah tidur yang sempurna di dalam penerbangan. Tapi dengan keadaan di dalam flight yang sempit boleh ke nak tidur yang sempurna?

Ok mungkin bukan 100% tapi boleh di katakan sempurna jika kena caranya. bagi sesetengah orang yang letak je kepala terus berdengkur ini bukan salah satu masalah bagi diorang. Masalah ni akan terjadi kepada kita ni yang terkebil-kebil mata menanti nak lena.

Nak lena yang sempurna mungkin korang boleh ikut cara-cara ni.

 

1. Pilih penerbangan di waktu malam

Selain waktu malam mungkin korang boleh pilih waktu korang tidur. Kalau jenis musang berjaga malam korang ambil waktu siang. Selain tu boleh bangun awal sikit hari nak fly. Ini membantu korang bertambah mengantuk.

2. Hari paling best adalah hari selasa dan rabu

Kenapa selasa dan rabu? Menurut kajian dua hari ni merupakan hari paling kurang orang fly. So keadaan dalam pesawat sedikit tenang. Hari paling padat adalah Khamis – Isnin.

3. Pilih WIndow Seat

Sentiasa pilih window seat. Sebab kerusi di tepi tingkap senang nak sandarkan kepala belah di dinding. Tak der lah menggangu orang sebelah. Elakkan pilih seat depan atau di bahagian barang. Yes memang luas tapi kerusi ni biasanya akan di booking oleh family dan terletak berdekatan dengan toilet. Lamput yg terpasang dan bunyi boleh menggangu tidur.

4. Baringkan kerusi ke tahap maksimun

Untuk dapatkan rehat yang sempurna boleh cuba baringkan kerusa korang di tahap maksimun. Tapi pastikan orang belakang korang tu tak kisah. Baring terlalu lama dengan sudut yang salah boleh menyebabkan kesakitan pada leher dan mata anda.

5. Pemilihan Outfit

Jangan pakai pakaian terlalu ketat. Pilih pakaian yang suam suam. So tidur bertambah selesa.

6. Pakai Tali Pinggang Kelader di atas blanket

Ya aku tahu ianya tak membantu pun untuk tidur yang sempurna tapi ianya dapat mengelakkan dari flight attendent kejutkan korang jika flight mengalami masalah air turbulance.

7. Kelengkapan Tidur

Kelengkapan tidur yang aku maksudkan adalah seperti penutup telinga dan mata. Korang boleh bawak sendiri ataupun boleh minta sahaja dengan cabin krew. kalau penerbangan tambang murah aku tak pasti ada provide ke tak. tapi boleh tanya.

Untuk merehatkan kepala dan leher secukupnya boleh gunakan special cushion.

8. Jauhkan dari Gadget

Ini perkara biasa even kalau bukan dalam flight pun. Cahaya biru dari pohone boleh bangkit kan otak anda dari rehat. Boleh gunakan kertas kalau boring.

9. Makan dan Minum

Jangan tertalu overeat onboard. Boleh minum air masak atau pun lagi bagus kalau dapat tea herba. Luapakan pengambilan coffie atau alkohol.

*Preview photo credit depositphotosdepositphotos

*tip ini berkecuali utk bisness class



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*