Home MALAYSIA 10,000 Cahaya Menghiasi Tokong Kek Lok Si Tiup Semangat Tahun Baru Cina

10,000 Cahaya Menghiasi Tokong Kek Lok Si Tiup Semangat Tahun Baru Cina

1914
0

Sejak 130 tahun yang buat julung kalinya rumah ibadat ikonik penganut Buddha, Tokong Kek Lok Si kosong tanpa kehadiran penganut pada sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Kebarangkalian jangkitan Covid19 yang masih tinggi di samping arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan, sambutan perayaan terpenting masyarakat Tiong Hua itu sedikit hambar.

Bagaimanapun, tidak mahu perasaan hambar terus mengantui perayaan Tahun Baru Cina yang penuh warna warni, penjaga Tokong Kek Lok Si ada cara tersendiri menghidupkan semangat perayaan itu.

Lebih 10,000 pelbagai jenis lampu warna-warni dan tidak dilupa tanglung menghiasi sekitar kawasan tokong berkenaan.

Monumen Kuan Yin setinggi 33.6 meter juga turut dihias cantik perlambangan kepada kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.

Kesemua lampu berkenaan dinyalakan bermula pukul 7 malam setiap hari bermula 7 Februari lalu sehingga 11 Mac ini.

Malah pada 7 Februari lalu, kemeriahan dirasai menerusi siaran langsung di Facebook rasmi Kek Lok Si Temple apabila memancarkan ritual upacara sembahyang dan persembahan bunga api.

Walaupun para penganut Buddha tidak dapat hadir ke tokong berkenaan dan beribadat, namun roh sambutan Tahun Baru Cina dapat dirasai dengan melihat tokong tersebut tersergam indah.

Sungguhpun begitu, penjaga tokong berkenaan amat berharap penganut Buddha dibenarkan untuk kembali beribadat setelah Covid19 di negara ini terkawal.

Mengikut rekod, Kek Lok Si terletak di bukit Jalan Air Itam merupakan sebahagian bangunan bersejarah negara yang juga antara rumah ibadat terbesar di Asia Tenggara.

Kepada kaum Tiong Hua, Cina dan penganut Buddha khususnya, moga anda semua dapat menyambut perayaan dengan penuh semangat biarpun dibelenggu SOP.

Selamat Tahun Baru Cina!!!

Sumber The Times dan Facebook Places Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here